*I'm an easy-going person but I'm not going to tell that I'm a good child or excellent. Nobody born with perfect things. I honestly to tell that sometimes I'm a lazy person like other teenages. But I still have responsibility on my school works (I'm sure) Okayy. Thats all. Tadaa fellas!*
| owner ini masih hidup :DDDD
Saturday, November 3, 2012 | 12:33:00 PM | 0 comments
haiiii. fuhh kanan fuhh kiri. lama gila aku tak hapdet inchek blog aku.
Sebenarnya banyak gila benda aku nak story mory dekat sini. mungkin boleh dibuat novel. dalam masa beberapa bulan tak menghapdet banyak benda yang jadi kat aku. ekceli pasal diri aku, crush, kawan, family. banyak ahhh. terharu sangat sangat sangat terharu bila aku tengok jejari aku menari lagi dan menari lagi atas keyboard ini. huahhhh :O
Tak tau sebenarnya nak mula dari mana. cuma aku nak bagitau tinggal beberapa hari ja lagi aku nak hadap STPM. rasa macam mimpi kan kan kan. last aku hapdet blog aku baru habis SPM. hewhew. tapi watlek. belajar last minit bukan masuk pun. baik aku hapdet blog.
Janggal bila hapdet. blog ni upgrade. hahah. kesian aku. T____T tak kira ahh. janji dapat hapdet. nanti nanti aku kaji balik. yela aku ni kan zaman purba *nangis*
Tapi aku memang sangat *hilang idea*
banyak sangat nak diluah tak tau nak luah bahagian kiri ke kanan. hohoiii.
....
janggal betul bila kau dah tak ada. =..=
Wednesday, May 16, 2012 | 7:40:00 AM | 0 comments
assalamualaikum.pernah ke tak korang bila dah clash, selalu je nak stalk profile ex? tak pernah? ke aku sorang je yang buat macam tu? tipu la kalau tak pernah. =..= kalau aku cakap aku tak rindu kat dia, tipu lahh.aku rindu sangat sangat kat dia. tapi bila ingat balik apa dia buat kat aku, rasa nak je aku bunuh dia. indah betul kalau membunuh tidak diberi hukuman. kannn? banyak yang cakap "tak payah la kau rindu sakan kat dia." terima kasih semua. aku tau korang sayang kat aku. tapi aku masih tak boleh nak lupakan dia even dia permainkan aku selama ni. haha. mesti ramai yang anggap aku bodoh kan. takpe la. sokay ;) tadi kan aku bukak balik mesej kitorang yang aku simpan. wahhhhhh. aku bukak mesej dari first time kitorang kenal kenal. ambik masa 3 jam aku baca semua. alololo. sweet betul. selalu dah aku terfikir nak buang semua mesej kitorang tu. tapi TAK SAMPAI HATI LAHH PULAK. waterpark betul. padahal dia dah ada orang lain pun. cantik macam megan fox. :'( AKU SEBAK KAU TAHU. okbye sediakan mental yang matang.
Tuesday, April 17, 2012 | 8:21:00 PM | 0 comments
assalamualaikum.sakarang aku dah tak reti nak bagi intro panjang lebar. mentang mentang la dah tak sekolah lagi kann, dah takde buat esei panjang panjang. muehehehe. ni pun aku rasa dah cukup panjang. aku nak straight to the point la. :) macam ni, aku menyimpan satu perasaan kurang puas hati la dengan seorang budak ni. aku tahu hak individu, tapi benda ni macam dah melarat kalau aku tak luahkan kat sini.*yerrrrr, aku serious* kalau dia boleh jadi macam orang biasa tak la menimbulkan sakit hati. ni tak, selalu nak lebih dari orang lain. mesti dia ingat, kalau dia cerita benda yang tak masuk akal tu kat semua, orang akan cakap : 1) woaaaaaaaahhh. hebat giler la dia ni. *mulut nganga hingga boleh masuk lalat. 2) respek gila la kat dia. dia boleh buat macam tu. 3) fuyooooooooo!! *tepuk tepuk tangan sambil mata tak berkelip tapi, sebenarnya memang tak laaaa. orang bodoh je la yang nak sangat buat macam tu. ye tak? hati tengah panas ni memang senang je idea datang. then, bila aku tegur secara tertutup, tak nak bagi dia malu ataupun terasa dia bodoh yang amat, aku pulak yang kena hentam. dushh dushh! orang macam ni memang tak layak dah duduk dalam alam realiti. lebih layak dan sesuai sangat kalau duduk alam cartoon. aku suka part,bila ada orang langgar dia sampai hancur badan, dia boleh bangun macam takde pape. part ni memang tak boleh blahhh. kreatif sungguh imaginasi orang yang dalam alam cartoon kan? kan? kan? muahahahah! *jahat tak aku? ada-aku-kesah.* ada lagi yang aku tak puas hati.bukan setakat tu je. dia ni boleh dikatakan kawan makan kawan.bila dia susah, takde sape boleh pulak dia tetiba nak jadi geng aku. aku teringin nak tanya soalan soalan ni kat dia. serious. soalan 1: kau ada BFF tak?? tapi aku rasa jawapan nya memang tak laaa. haha. sebab setiap tahun kawan dia tukar tukar. tak sempat nak buat BFF. alasannya kawan dia dah tak sanggup nak jadi kawan dia. aku cakap ikut pengalaman. aku pernah gak kawan dengan budak sengal ni. hahaha. *kalau ayat aku susah nak difahami, aku mintak maaf. heee :) soalan 2 : pernah tak, orang yang kau sayang nangis bersama dengan kau bila kau susah? jawapannya memang sah sah la tidak. dia berkawan dengan bapak dia jerr.. kesian. nak bergurau pun, terpaksa bergurau dengan kucing mak dia jer.. kesian. *aku rasa aku dah over pulak -____-* tapi kan kan kan, aku dah naik tension la. aku tak tegur, aku malu tengok status status dia kat FACEBOOK. dia asyik nak SHOW-OFF dengan kengkawan. mual rasa nak muntah aku tengok FACEBOOK dia. muahahaha. patut jugak la senior aku yang dulu dulu, pernah bagitau kat aku macam ni, "perasan bagus, dah la tak respect kat kita ni". bila senior cakap macam tu, aku pulak yang sentap. dia masa tu kawan aku. teheeeeeeeeee. aku bukan la nak cakap, aku ni bagus sangat, tapi aku hope sangat kau berubah macam orang normal. maksud aku tak la nak buat kerja ikut suka hati kau je. mak aku cakap, walaupun hidup ditimbun harta, dikurnia paras rupa yang sempurna, jangan bersikap macam orang kurang didikan. walaupun sering dimanja, jangan tunjukkan kebiadapan depan orang. tak pasal pasal, nama mak bapak yang rosak. sebab apa? sebab orang akan kata, mak bapak kita tak pandai ajar anak. sekiann. kalau siapa siapa terasa cepatlah berubah. :') nak tea party hari hari boleh?????
Thursday, April 12, 2012 | 12:55:00 AM | 0 comments
assalamualaikum.party timeeeeeeeeeeeee!! ❤ hari ni aku have fun giler giler dengan membe aku petang tadi. kitorang adakan 'tea party'. nasib baik hari okay sangat hari ni. supporting giler hari ni. kalau tak, tak boleh la nak ngade ngade ambik gamba luar rumah. hahaha. aku tak kisah. aku nak bagitahu jugak even takdakkk yang tanya kan. so far, semua bejalan dengan lancar dan tenang sekali. aku nak ucap terima kasih sangat kat membe aku first sekali cousin tersayang ATY, then EMA, SUE and DAYU. you all the best la. kitorang buat tema ala alan hana tajima. kenal? tak patut tak kenal. walaupun tak berapa nak menjadi sangat tema tu, tapi cukup seronok. okayy. layan jela dulu gambar sementara aku fikirkan idea seterusnya nak tulis apa. muehehehe :P sue, dayu, ema, ME, aty. :) gambar ni tak boleh blahh. nak jugeekkk gambar dari belakang -___-' *sila abaikan aku* ehem. muehehehehehehe. yang kecik tu, kazen aku. asyik gambar kat luar je kan? haha. aku cari cari gambar kat dalam rumah masa party tak jumpa pulekk. yang aku jumpa cuma gambar after makanan semua dah abis. -____-" tapi takpe la kann. tengok! hahah. dah habiss dah makanan. tinggal kek je yang tak habis. rancak berbual. tak hengat dunia. orang ambik gamba pun tak perasan. wahhh. cukup la ni. idea terbang sudahhh. mata dah sepet ala ala cina dah ni. *ngantuk* PLKN membunuh jiwa raga ku. -.-"
Monday, April 9, 2012 | 10:29:00 PM | 0 comments
assalamualaikum.tak adil betul cara pemilihan untuk PLKN. aku really really tak puas hati kau tahu. kenapa tak pilih semua student untuk sertai PLKN. baru la adil dan saksama. ye tak? ni tidak, pilih peserta ikut suka hati je. yang tak kena untung laaaaaaaaa. bagi yang 'macam aku' rasa tertindas. wahhh. haha :D sukan? dari darjah satu, aku tak aktif. errr. serious. mak tak bagi *tipu*. bila masuk tingkatan satu aku masuk sukan 'permainan dalam'. sebab tu la badan aku tak boleh surut. peribahasa yang cannot go. haha :D aku dah boleh bayangkan bila aku buat latihan kat sana nanti kan, sure muka aku macam keling. muehehehehe. kan ada sesi main tembak tembak guna senapang tu kan *sila faham ayat aku* aku sure ini boleh buat aku jadi ganas gila gila gila. kann? macam ni lah yang aku maksudkan. aku culik foto ni dalam google je. tengok la betapa serious muka dia dalam foto tu. har har har :P .... tadi masa aku jogging kan *saja nak show off untuk menambahkan bahan cerita*, aku terjumpa la membe aku yang baru balik dari PLKN. serious gelap. tak tipu. tapi yang aku musykil, dia cakap dia duduk kat kem tu, berat badan dia bertambah. orang banyak bagitau kalau duduk kat kem tu, berat menurun la kan. dia tidak. tak tau la macam mana aku nanti. sekarang berat badan dah sekian, kalau dah duduk dalam kem tu lama lama boleh jadi nenek gergasi aku. aku serious ni. lagi membe aku cakap, kem tempat aku tu nanti strict gila gila gila. ni la yang membuat denyutan jantung tak menentu. ..... boleh tak bawak bantal busuk pegi kem??????kalau takdak bantal busuk, 3 jam pun baring baring confirm tak ngantuk. kalau ada bantal busuk tak sampai 5 minit dah tidur. *indahnya dunia* haha :D berbalik kepada cerita PLKN kita atas tu tadi, aku rasa nak lempang laju laju je orang yang buat pemilihan tu. kalau nak pilih pun pilih yang aktif gila gila gila. ni tidak, aku yang super lembab ni jugak jadi pilihan. takde lagi nak bebel. sekian. okbye :)
ada lagi ker orang letak foto dalam wallet?
Monday, April 2, 2012 | 12:19:00 PM | 0 comments
assalamualaikum.terima kasih bang ijul dah ingatkan aku tentang blog. dah lama aku tak menghadap blog ni. idea takdakkk. kang aku asyik mencarut orang cakap,baik tak payah ada blog T____T sedih. *ayat aku tak boleh blah* zzzzzzzzzzz.... aku nak kupas topik ni. ada lagi tak orang simpan foto dalam wallet or purse? tak kira la foto sesiapa pun. aku rasa lah kan, sekarang dah kurang kan kan kan? maybe dah pupus. sekarang orang ada henpon canggih manggih secanggih canggihnya. wah. :'D mungkin ada jugak sesetangah makhluk dimuka bumi ni masih letak foto dalam wallet. dulu kan, masa aku kecik lagi, kalau tak salah ingat umur aku dalam 13 14 macam tu la, aku selalu suruh bapak dan mak aku pergi bergambar yang bersaiz gambar pasport tu. bila mak dan bapak tanya kenapa, aku cakap nak letak dalam purse. muehehehehe :D yela kan. masa tu tadak boipren. letak la foto mak bapak biar nampak macam anak solehah sikit. *nak pengsan jap* masa tu kan, boleh pulak aku show-off kat kengkawan aku ada purse yang ada muka mak dan bapak aku dalam tu. dah la dalam tu, duit pun takda. yang ada cuma foto mak bapak. tu pun dah boleh buat aku rasa nak show-off. perangai aku memang tak boleh blah masa tu. erghhh. kau ada? takadaaaaaaaaaa. sekarang bila ingat balik, aku rasa lebih baik aku takda dalam muka bumi ni. malu sungguh! -.-" kecik kecik lagi aku memang dah annoying. sekarang orang rata rata dah tak letak foto dalam wallet or purse. dah canggih kan? jarang nampak orang letak foto mak bapak or boipren/gepren dalam beg duit. sekadar gambar hiasan. aku syak orang sekarang lebih rela kalau beg duit kosong je dari letak foto yang menambah berat beg duit. tak rugged lah kan. aku sekarang pun dah tak letak foto mak bapak aku dalam purse. beg duit aku makin hari makin kurus sekarang. aku tak banyak harta derrrr. *sila jangan gelak* aku dari tadi membebel tak tentu pasal. sekian.bye (: serba tidak adil.
Saturday, January 21, 2012 | 11:12:00 PM | 0 comments
assalamualaikum.kadang kadang aku rasa dunia ni macam begerak sangat slow dan kadang kadang aku rasa dunia ni bergerak sangat pantas. aku rasa macam tidak adil untuk aku. macam macam aku rasakan sekarang. actually, aku bosan dengan kehidupan aku. kehidupan aku kosong sangat. aku tengok kiri kanan orang bahagia. bila lagi giliran aku akan jadi seperti macam mereka. aku tak salahkan sesiapa,just aku rasa kekosongan yang tahap tak tercapai akal. jam akan sentiasa berdetik dan terus berdetik sampai tiba waktunya akan berhenti. tapi aku masih terkapai kapai dalam dunia yang penuh dengan struktur memori tanpa gerakan ini. I don't know what this shit feeling! terasa diri seperti diabaikan. -.-" ada kala aku rasa sangat kalah apabila tertewas dengan benda yang mudah membuatkan aku menangis. wordless. aku takut aku akan hilang rasa :'( bye. jangan la sedih sedih :)
Thursday, December 15, 2011 | 12:21:00 PM | 0 comments
assalamualaikum :)wey,korang jangan la sedih sedih okay. tak best la. kan kita dah rancang satu persatu apa kita nak buat lepas ni. kita bukan tak boleh jumpa pun. mungkin cuma jarang jumpa. mana boleh macam selalu dah. kalau nak buat jugak, tak jalan la kerja :) haha aku dapat banyak mesej dari korang. terima kasih daun keladi. mesej mesej tu aku dah simpan. haha :D masuk satu folder. kalau aku rindu, boleh baca balik mesej tu semua. okbye :) jangan sedih sedih okay~ khas buat mereka.
Friday, December 9, 2011 | 1:39:00 PM | 1 comments
assalamualaikum.hari ni aku baru dapat peluang menulis balik. dah lama aku menyepi. SPM baru abis. mula dari 14 November sampai la semalam 8 Disember. soalan tahun ni macam okay je. macam je la. mudah mudahan aku dapat result okay. boleh pegi jauh sikit. hahaha. angan angan. entah bila la nak jadi kenyataan. tapi sebelum sesuatu tu jadi kenyataan, mesti la dimulakan dengan angan angan. haha *alasan nak sedapkan hati*. lepas ni mesti banyak benda baru aku terpaksa lalui. orang cakap zaman persekolahan dengan zaman budak tak sekolah ni jauh sangat berbeza. ibarat langit dengan bumi. wahh. kemain lagi aku. haha :D lepas ni dah tak pakai baju seragam sekolah. menangis air mata darah sekali pun, kalau nak pakai baju sekolah dah tak boleh, melainkan kalau sambung tingkatan 6. hahaha. lepas ni dah takde pergi sekolah bawak beg seberat tiga kilo dengan buku buku teks. haha. dah tak buat kerja sekolah. kalau tak buat ready je kena hukum. ohh. aku mungkin rindu semua tu. :) bukan mungkin, memang akan aku rindu. yang paling best, sebelum aku melangkah keluar dari sekolah tu buat kali terakhir, aku sempat peluk cikgu yang aku betul betul minat. woo. dia nangis bila aku peluk. entah la. maybe dia pikir lepas ni dah takde budak yang dia nak hukum macam dia hukum aku. haha :D cikgu tu memang kuat menyindir. haha. tu yang buat aku suka sangat kat dia. dah la dia menyindir tak ikut masa. tapi sebab sindirin dia tu la aku tau mana kurangnya aku. aku nak ucap terima kasih kat kawan kawan yang menerima apa ada nya aku walaupun aku cuma bersama mereka 2 tahun. emm, aku memang rasa you all macam family aku dah. kalau gaduh gaduh tu biasa la kan. aku mintak maaf sebab tak sempat nak bersama-sama you all masa last day. tapi, 3 bulan akan datang, maybe kita akan jumpa lagi. kalau umur panjang. buat cikgu cikgu tersayang, cik dayang hasmah, pn. sara, en. mudi, en. daniel, en. syukri, miss ooi, en. alex,pn. zayluna, pn. mardziah dan semua lagi cikgu cikgu yang pernah memberi tunjuk ajar, terima kasih banyak banyak banyak. saya tidak mungkin dapat membalas jasa baik cikgu. hanya ucapan terima kasih. sekadar gambar hiasan banyak lagi kalau nak tulis. sampai sini dulu. salam sayang buat semua :) okbye.
aku suka cara mereka.
Thursday, October 6, 2011 | 4:12:00 PM | 0 comments
assalamualaikum.mood aku baik petang ni, lagi pun ada banyak masa. so, aku rindu kau la encik blog. seriously. :) aku nak cerita budak dalam kelas aku. hehe. minggu ni kitorang exam. :) budak budak dalam kelas aku memang banyak kerenah. sungguh happening. ohh. aku rasa tahun ni mungkin tahun paling gembira. ermm. tahun kegemilangan. yeahh. \m/ boleh tak kalau aku masuk tingkatan lima lagi tahun depan? boleh? haha tadi kan, selesai je kitorang buat exam, aku tengok muka kawan kawan aku slamber biawak macam tak buat exam je. macam berpakat je. sebelum ni diorang selalu buat muka masam bila habis exam. tapi hari ini tidak pulak. so, aku buat kesimpulan diorang maybe dah buat ulangkaji betul betul malam tadi. maklum la kan tadi kitorang duduk exam sejarah. aku pegi dekat diorang, aku tanya la. aku : geng, senang ke exam tadi? kawan : hehe. pernah ke kau tengok aku lulus? aku : tak *jawab dengan muka jujur. kawan : hahaha. :D aku : so? kawan : lepas ni aku nak dating. taknak la kalau boipren aku tengok muka aku masam. aku : ohh damn! aku tertipu dengan raut wajah kau! aku ingat kau dah study betul betul malam tadi. mati mati aku rasa terlalu kalah bila tengok kau jawab exam tenang sangat. muehehehehe :p kawan : oh ya? haha. teruknye kau. aku : yeke? haha. mana boleh kalau aku sorang jer yang tak dapat gred bagus. kawan : kau memang. bla bla bla.... then, bila kitorang nak exam paper satu lagi, budak budak depan aku masing masing keluarkan perfume. ni aku tak tahan sangat. lepas sorang, sorang lagi sembur perfume. aku tanya kat diorang.. aku : wehh, aku tak tahan laa. kenapa perlu sembur sembur perfume ni? kawan 1 : nak ambik feel. kawan 2 : ahhh. betul. ambil feel nak jawab exam. aku : perlu ke macam tu sekali? kawan 3 : bising lah kau. kalau nak, aku sembur untuk kau sekali. aku : ehh. taknak! kawan 1 : hahaha. okay kau ambik bau. kalau aku dapat jawapan nanti kau jangan minta. aku : hahahaha. kejam la kau. kawan 3 : sapa suruh taknak join kitorang pakai perfume. haha aku : yela yela. *aku macam orang ala ala bongok jer bila diaorang sembur aku perfume tu* bla bla bla sampai la start exam. alhamdulillah exam tadi memang teruk. aku kalau dapat A+ subjek sejarah memang aku nak buat kenduri besar besar. muahahahha. itu saja untuk hari ini. yang penting aku sangat happy sangat ada di sisi korang walaupun kita lain lain agama. ^_^ korang sentiasa menggembirakan hati aku dengan perangai pelik korang. yawww~ chow dulu. muahmuah untuk engkau encik blog ! |