Royal Black
I am Nur Azmina aka MIMIN :)
*I'm an easy-going person but I'm not going to tell that I'm a good child or excellent. Nobody born with perfect things. I honestly to tell that sometimes I'm a lazy person like other teenages. But I still have responsibility on my school works (I'm sure) Okayy. Thats all. Tadaa fellas!*


PEMBUKAAN TAHUN : BERNOMBOR 1111
Saturday, January 1, 2011 | 10:56:00 AM | 2 comments
yeayy ! sekarang dah masuk tahun baru. 


selamat datang tahun dua ribu sebelas. aku harap tahun ni lebih baik dari tahun dua ribu sepuloh. hehe.


oke. tahun ni merupakan tahun aku yang paling sibuk. nak tahu kenapa? sebab tahun ni aku masuk tingkatan lima. tingkatan lima tu der. SPM. sijil pelajaran malaysia. bukan sijil permohonanan menikah oke! 


aku akan lupakan semua aktiviti aktiviti yang takde berfaedah tapi menyeronokan aku nih buat masa yang panjang sebab banyak aktiviti sekolah yang akan diadakan seperti turun kelas petang. tak cukup kelas petang aku kira mungkin akan ada kelas malam. lepas kelas tu semua dah tentu tentu aku letih. mana ada masa aku nak buat kerja yang lain. errr. geleng kepala pikirkan nya. tapi apa apa pun, aku nak mulakan hidup aku dengan satu azam yang baru. 


cewahhhh. azam la konon. hehe. azam taun lepas tak terlaksana lagi, ada hati nak buat azam baru. takpe takpe. orang kata biar tak buat janji ada semangat. 


KEHKEHKEH. mana pulak aku dengar orang cakap camtu. tapi takpe. aku nak teruskan jugak azam aku. azam aku taun ni lain sikit dari taun lepas lepas. kalau taun lepas lepas aku berazam nak kuruskan badan. dah beberapa tahun aku cuba, tapi keputusan hampeh. awal tahun berat 56 akhir tahun berat 60. wakakaka! baik takpayah aku buat azam yang agak menyusahkan aku.


azam pertama :


tahun ni aku berazam nak, buat semua kerja rumah ku. HAKHAKHAKHAKHAK! bermakna sebelum sebelum ni, aku tak pernah siapkan kerja rumah ku. hehe.


azam kedua :


tahun ni aku nak belajar memasak sampai pandai. hehe. selama ni aku memang tak pandai masak satu benda pun. haha. kalau masak mee  dan masak nasi boleh la. hehe. tapi kali ni aku nak belajar masak biar gempak sikit. mana boleh aku kalah ngan adik lelaki aku. dia pandai masak. aku tunggu dia masak jer. ishh. xboleh jadi. tahun ni biar la aku pulak yang masak untuk dia. hehe


azam ketiga :


tahun ni aku nak kurangkan tidur ku. haha. aku nak uruskan masa aku dengan betul. hahah. sebab sebelum ni, kalau aku boring takde benda lain aku fikirkan. mesti aku fikirkan tilam dan bantal bucuk ku. hahah :D


azam keempat :


tahun ni aku nak buat sesuatu yang istimewa buat orang orang yang aku sayang. mana boleh bagitau kat korang. hehe :D 


haaa. hambek ko. banyak azam aku tahun ni. tak tau la boleh tak azam azam aku yang baik belaka ni terlaksana ker tidak. hehe. aku harap boleh laa yer. asyik tidak terlaksana jer. hehe :D


oke. sekian. 


bye!





Old things | New things